Monday, August 31, 2009

Emak & Abah

Aku tak tau sangat sejarah emak dan abah. Abah ada empat adik beradik dan kesemuanya telah meninggal dunia. Adik beradik abah semasa hayatnya tinggal di Parit Sakai dan Air Hitam, Muar. Hanya abah yang tercampak dan tinggal di Parit Sulong hingga ke akhir hayat. Tapi sebelum pindah ke Parit Sulong abah dan emak pernah tinggal di Parit Sakai juga. Adik-beradik abah semua kami kenal
  1. Abdullah bin Kassan
  2. Parman bin Kassan
  3. Omar bin Kassan (abah)
  4. Kuan bin Kassan

Emak memang asal orang sini. Emak ada tiga adik beradik (yang aku tahulah) tapi kalau taksilap emak pernah cerita ramai adik-beradik emak yang meninggal sewaktu kecil atau baru dilahirkan. Tapi pada kami, edik beradik emak memang tiga orang jer sebab mereka jer yang kami kenal. Kakak emak yang kami panggil Mak We@Awe masih hidup lagi dan tinggal dengan anaknya di Cheras. Adik beradik emak
  1. Kariseh Joyo (masih hidup)
  2. Sadeli Joyo
  3. Amanah Johor

No comments:

Post a Comment