Thursday, November 19, 2009

Aidil Adha Menjelang

Lebih kurang seminggu lagi , kita nak sambut adidil Adha. Nampaknya aidil adha kali ni rumah pusaka kita akan sunyi sepi. Tak seperti tahun2 sebelum ni kita buat korban kat kg. Tahun ni nampaknya masing2 beraya di rumah sendiri aje kot.

Tahun lepas meriah sangat time raya haji. Kami ada buat korban 2 ekor lembu disamping buat aqiqah untuk anak2 aku, Gee & Som.

Kesian pulak tengok rumah tu sepi aje yea...time orang solat aidil Adha kat surau, tengok rumah kita sunyi sepi. Mesti jiran2 sekampung tertanya2 kenapalah x ada sorang pun balik kg yea. Nak buat camana kebetulan semua ada perkara lain...dan kebetulan hari raya jatuh hari jumaat...bagi aku..Ahad tu dah sibuk pulak nak hantar ika ke kem Permata Pintar, Iki nak ke kem tahfiz....adik beradik lain pulak..ada macam2 agenda...ada yang balik rumah in law, adik ipar kahwin dll....

so Selamat Hari Raya Aidil Adha....

Wednesday, October 7, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


KENANGAN HARI RAYA 1430H (2009)


Berdiri belakang dari kiri : Azmi (cucu), Aril(cucu menantu), Wan(menantu) Ibrahim (menantu), Khairul(cucu), Md Shah(menantu), Azlan(cucu), Tanty(menantu), Ariff(cucu), Radzuan(menantu, dukung Dafiy) Tumirin(menantu)Zainal Abidin (menantu), Hafeez (cucu), Saidon (menantu)

Duduk dari kiri : Kamariah (anak ke 4), Mefah (anak ke 5), Fatimah (anak ke 3), Bahrin (anak ke 6), Maskiah (anak sulong), Fauziah ( anak ke 8), Siti Noor Azah ( anak ke 2), Kalsom (anak ke 3), Zainab(anak ke 9)

Barisan depan : Afiz, Izzad, farhan, Fareez, faiz, Ayu & Echah, Ain,Ijah, Irah,Suzi & Airin, Iwan

Barisan paling depan : Dania,Harith, Airel (cicit), Adam, Danny, Shafik meriba Amir,Iki, Lisa,Ika & shasha

Tak berkesempatan nak update family blog ni.....nak tau cerita raya ...dah ada dalam blog aku ngan Gee. Apa pun hari raya tahun ni memang meriah sangat dengan kepulangan semua ahli keluarga Arwah Hj Omar & Hjh Amanah. Kesemua kami ada 49 orang dari 3 generasi. Selama 4 hari berkampung si sini...ahhhh bestnya....nak tau lebih detail tengok blog aku atau blog Gee....

Tuesday, September 15, 2009

Jom Join Buka Puasa ...otw balik kg

Assalamualaikum..

weiiii korang semua balik kg bila? Jomlah join aku ngan gee balik kg petang Jumaat tu. We all plan nak kuar rumah dalam kul 5 ptg lebih ker..dannakberbuka di RSA Ayer Keroh. Saja aje nak tengok gelagat orang ramai. Kira cam nak berkelah kat Gazebo tu ler...Dah tau dah kalau nak beli makanan kat gerai-gerai tu mesti ramai orang punya dan makanan ntah apa-apa aje....so we all bawaklah bekal siap2....Jom cepat sapa nak join. Kak Nor, Kak Lah & Kak Mah cepatlah bagi respon......

Wednesday, September 9, 2009

Kenangan Raya Terakhir Bersama Mak, Abah & Abg Long

Tahun 2001..raya terakhir dapat mengabadikan Foto bersama arwah Abah, Mak dan Abg Long. Tahun ni tahun terakhir semua beraya di kg bersama mak dan abah..tahun 2002 giliran menyambut raya di rumah mentua , hanya sebahagian yang ada pada pagi raya, tahun 2003 abah telah kembali ke Rahmatullah di ikut dgn Abg Long pada 2004 dan Emak pada 2005. Selepas tu semua Foto raya tanpa Abah, Mak & Abg Long. Time ni aku aku tengah sarat mengandung anak aku Anis Sabrina yang akhirnya turut dijemput ilahi pada tahun 2002 pada usia 8 bulan....Al Fatehah untuk Abah, Emak, Abg Long & Anis Sabrina.

Kenangan Raya 2001 - tema biru tahun ni...

Tuesday, September 8, 2009

Khabar Dari Kampung

Dari berita yang Mek sampaikan kat aku, dia dah kemas rumah kat kampung. Last weekend dia balik kampung dengan bawak dua indon workers untuk bersihkan rumah dan pasang langsir rumah. So nanti kita balik kampung tak adalah lantai semua melekit sangat.

Selain dari tu buah mangga kat belakang dapor tu dah 'tua' tunggu masa nak masak. Dan ada 'nangka gurun' pun Mek kata tunggu masa jer. Harap2 buah2an tu 'sabar' ler jangan masak dulu. Tunggu le kita orang balik dulu.

Rasa2nya lampu pelita dah ada ke belum yek? Selalunya Abang Brahim akan cacak gak lampu pelita, nak bagi senang anak2 main bunga api ler...

Hi tak sabar betul ler nak balik kampung ni...

Lambaian Kampung Halaman

LAMBAIAN KAMPUNG HALAMAN (Notis Pemberitahuan)

Seperti mana biasa, tahun ini adalah merupakan giliran bagi kita semua untuk meraikan kedatangan Syawal di kampung halaman (Parit Sulong, Baru Pahat, Johor). Sebagaimana kebiasaan rutin dwitahunan, semua ahli keluarga dialu-alukan balik kampung semasa Hari Raya ini.

Pulanglah perantau, pohon-pohon nyiur melambai-lambai dan menanti kepulangan kita. Pusara emak dan abah juga seolah-olah menggamit kita semua untuk menziarahinya. Bayangkanlah kesyahduan dan kesuraman pusara emak dan abah jika tidak dikunjungi sesiapa.

Tahun ni (2009) giliran kami adik beradik beraya di kg PS. Kalau giliran beraya di PS suasana memang meriah. Bayangkanlah kami semua ada 9 adik beradik , menantu 8 oang, cucu 26 orang, cucu menantu 3 orang, cicit 3 orang..hah tak meriah ker...hampir 50 orang berkumpul dalam rumah pusaka tu untuk selama lebih kurang 3 hari.

Oleh kerana Hari Raya dijangka jatuh pada hari Ahad bersamaan 20 September 2009, ada kemungkinan ramai yang akan balik kg pada hari Sabtu. Tapi kalau semua balik hari Sabtu , sapa pulak nak buat persiapan ni. Siapa nak gi Pasar, nak anyam ketupat, masak rendang dll. Haaaaa..so aku selaku Setiausaha Yayasan Keluarga Hj Omar & Hjh Amanah, nak buat iternary ni...

Aku cadangakan apa kata korang semua cuti hari Jumaat... balik ler petang tu ker..yang penting pagi sabtu tu dah ada kat kg. Maklumlah kita ni kan nak balik rumah tinggal. Kadang2 kawan2 aku pun pelik tau..dia kata..”Ape hal lah kau ni nak balik kg lagi..mak abah bukan ada lagi..rumah kosong pulak tu”. Hah diaorang tu tak tau sentimental value rumah ni dan hubungan kekeluargaan kami. Walaupun Mak dan Abah dah lama kembali ke Rahmatullah, kami tetap seperti dulu, dan setakat ni tiada sebarang perbalahan atau persengketaan antara kami ( kalau ada pun sebab semua berebut tak nak balik dulu atau balik paling lewat...hihihihi).

Bagi diri aku, aku plan nak balik kg ptg Jumaat. Aku nak buka puasa kat R n R Ayer Keroh atau Hentian Sebelah. Aku akan masak dulu dan bawak bekalan..sebab dah tau dah kalau nak gibeli kat R n R...alamatnya buka puasa ngan Maggi ajelah. Salah satu sebab aku nakbuka tengah jalan, sebab anak2 suka...macamberkelah diaorang kata..Jom cepat sapa nak joint aku.

Jamuan Hari Raya

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Insyallah pada tahun ini kita akan meneruskan tradisi dan kesinambungan mengadakan majlis jamuan Hari Raya pada pagi Hari Raya Pertama iaitu selepas selesai solat sunat Aidil Fitri.

Bagi penyediaan kuih muih dan biskut Raya sumbangan sejenis kuih bagi setiap keluarga adalah diperlukan sekadar untuk pelengkap meja, kerana seperti sedia maklum kita semua bukanlah akan lama berada dikampung, jadi memadailah dengan apa- yang ada.

Operasi Pembersihan

Oleh kerana rumah pusaka ini telah ditinggalkan kosong semenjak pemergian emak dan abah maka keadaan rumah ini adalah dalam keadaan yang kurang memuaskan dan kurang selesa. Maka operasi pembersihan akan dilakukan bersama-sama untuk menceriakan persekitaran rumah ini. Walaupun tanpa emak dan abah semoga rumah ini akan tetap menjadi ceria dan meriah setiap kali Hari Raya. Selagi rumah ini tidak rebah menyembah bumi sebagaimana hancurnya jasad emak dan abah dimamah bumi marilah kita menceriakannya dengan pulang ke kampung.Pulanglah sementara peluang masih ada, esok-esok kalau dah lama-lama takut kita semua pun lupa dah nak balik kampung. Mungkin diwaktu ini baru kita semua akan terkenang alangkah beruntungnya bagi sesiapa yang masih punya kampung halaman dan ibu dan bapa.Kita sepatutnya merasa beruntung kerana emak dan abah ada meninggalkan rumah pusaka ini untuk kita semua, cuba bayangkan seandainya tiada rumah pusaka ini, dapatkah kita berkumpul beramai-ramai seperti ini. Mungkin kita semua akan membawa haluan masing-masing.

Jumaat (19/9/09)


Kepulangan ke kampung secara beramai-ramai ( mana yang boleh ler). Diharap semua adik beradik dapat meluangkan masa agar pulang ke kampung pada hari ini, kecuali bagi sesiapa yang menghadapi masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Mengemas rumah untuk menyambut kedatangan Syawal, membersihkan pusara emak dan abah, menyediakan juadah berbuka puasa bersama-sama.Berbuka puasa beramai-ramai sambil mengimbau kenangan lalu berbuka puasa di kampung bersama-sama emak dan abah.

Malam- Bersolat Tarawikh .

Aktiviti seterusnya – “bermain mercun dan bunga api”.dan bersahur beramai-ramai.


Sabtu (19/9/09)

Pagi ni operasi shopping bahan2 basah kat PS. Tugas ni macam biasa aku serahkan kat Gee...hihihihi sebab dia suka sangat gi pasar kan. Aku mungkin boleh ikut..tapi aku setakat round2 tengok tudung aje kot..hihihihi.tak pun aku nakbeli stok Kopi aku aje...harap2lah dia jual.

Siapa yang kat rumah tu anyam ketupat. Aku nak buat ketupat palas,maklumlah hubby kan suka ketupat palas...kat PS ni mana ada jual ketupat palas pulak. So kena beli daun palas dari KL ni.. Waktu ni aku yakin yang amat ”pasangan” kita ni tengah dibuai mimpi indah kan....caya tak..tak apa kita ni semua kan super women...apa yang penting KERJASAMA.....wonder pet....

Tgh tu lepas Zuhur..operasi memasak kawah dimulakan. Antara menu yang kena disiapkan hari ni ialah.

Rendang Tok ( versi aku...sebab aku yang kena masak....)
Ketupat ( ini kena bagi tugas kat mek..nanti kalau ketupat lembik ke keras sangat..dia marah.......kan mek kan...)
Rendang Ayam ( Hah yang ini tugas kakak atau Kak Nor...)
Hidangan untuk berbuka hari ni ler...kena masak dalam kuantiti banyak sebab semua dah balik..siapa yang tak balik tu..memang nak kena lah..)

Selain dari menu di atas, kena siapkan bahan2 untuk dimasak malam ni dan esok pagi...antara menu yang nak disediakan ialah

Kari Ayam
Masak Lodeh
Sambal Kacang ( ni kena mek ke kak nor masak ni..sedap)
Lemang pulak import dari KL lah..”Lemang MZ” kat depan Tiara Kondo kat Ampang ni...ni tugas Iwan atau Ain lah..sebab dia biasa balik kg lambat kan...

Petang ni juga, nak gi pusara mak dan abah, nak ziarah meraka..semogo mak dan abah termasuk dalam golongan orang2 yang beriman...

Petang ni waktu berbuka, seperti tahun2 sebelum ni, mesti meriah sebab semua ada. Hidangan secara buffet aje, sebab kalau nak hidang sure tak cukup tempat. Boleh pegi PS ni gi bazar Ramadhan, tapi mesti lah jam giler.

Malam Raya

Selepas buka puasa, solat maghrib dan Isyak marilah kita buat tahlil untuk arwah Mak, abah, Abg Long, Anis dan untuk para muslimin dan muslimat.

Selepas tu baru acara seterusnya...Masak ler apa lagi...masak...dan masak ...masak...itulah keluarga kami....hihihihi jangan takut siapa datang rumah kami sure tak kebulur.Anak-anak@ cucu-cucu semua dah tentu ada xtvt ”perang Vietnam@main bunga api dan mercun. Master mind nya...korang mesti tahu kan...tahun tu tak taulah ada tak pertunjukan Bunga Api..macam tahun2 sudah...hello..helloo....tukang sponsor, ni nak tanya ni...tahun ni ada tak pertunjukkan tu...hihihihiih

Bertakbir raya..memuji kebesaran Ilahi...


Ahad (20/9/09)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Fajar Syawal menjelma tiba. Kesyahduan dan kesayuan pasti terasa tanpa kehadiran mak dan abah. semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan termasuk ke dalam golongan yang beriman. Disaat kita bergembira jangan dilupakan mereka yang terlebih dahulu menyahut panggilan ilahi. Kunjungilah pusara mereka andai berkesempatan.


Solat Sunat Aidil Fitri…..dan seterusnya Jamuan Hari Raya di halaman rumah. Insyallah tradisi ini akan diteruskan setiap tahun. Inilah satu-satunya kenangan majlis hari raya yang arwah abah lakukan semasa hayatnya.Semoga kita akan meneruskan tradisi ini selagi hayat dikandung badan.

Sessi bermaaf-maafan atas segala kesalahan.

Sessi Fotografi akan diadakan sejurus selesai majlis jamuan hari raya. Semua ahli akan mengekalkan “keayuan” dan “kehenseman” dengan baju raya masing-masing untuk mengabadikan kenangan dwitahunan ini. Bukan senang untuk menyatukan kesemua ahli keluarga kita secara serentak, jadi jangan lepaskan peluang ini, diminta semua bekerjasama. “Cameraman” dan “Camerawoman”. Foto yang telah diproses akan dipostkan ke dalam blog. Kenangan foto raya terakhir kita semua bersama emak dan abah ialah pada 2002. Pada 2003 abah telah kembali ke rahmatullah, dan sejak itu tiada foto penuh keluarga diabadikan. Jadi inilah masanya kita mengabadikan kenangan Raya 2009.

Selesai acara sessi fotografi adalah acara “pemberian duit raya”, iaitu acara yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak kita Sebagai persediaan sila kumpulkan anak masing-masing agar tidak ada yang “tercicir” dari acara ini. Sebarang tuntuan selepas cara selesai tidak akan dilayan. Jadi pastikan anak-anak anda semua berbaris mengikut barisan……kalau tertinggal juga tunggu ajelah tahun hadapan……Bagi sesiapa yang terlupa berapakah bilangan anak-anak saudara untuk penyediaan duit raya sila rujuk “Carta Keluarga” yang dilampirkan bersama-sama ini.

Selepas tu, apa kata kita ziarah sanak saudara sebelah abah kat Muar. Yelah walaupun mak dan abah dan pak cik2 tu semua dah tak ada, apa salahnya mengeratkan balik silaturahim ni kan. Aku sure kalau bergesel bahu pun dgn sepupu2 ni atau anak2 diaroang kat KL kita tak kenal pun.

Aktiviti bebas…sebelah petang adalah aktiviti bebas, melawat saudara mara, me’rewang” ke “BP Walk”, dan lain-lainnya…semua acara bebas dan dibawah tanggungan sendiri….dan semua risiko adalah dibawah tanggungjawab sendiri…Para isteri sila pastikan diwaktu ini dimanakan pasangan anda berada, adakah mereka berada ditempat yang sepatutnya…hihihihihihiihi

Malam – acara BBQ akan diadakan…lokasi adalah dihalaman rumah dibawah sinaran cahaya pelita dan rembulan…acara pertunjukkan bunga api juga akan diadakan jika ada “bekalan’ dan “sponsor”..hiiiii (ni tugas Wan Pie ni…)Kalau nakbawak khemah pun boleh...budak2 lagi suka. Tukang bakar serah kat budak2 aje..settle semua...

Isnin (21/9/09)

Pada hari raya kedua ini juga, bagi sesiapa yang mengamalkan sistem “Giliran” berhari raya dan ingin pulang ke rumah pasangan masing-masing dipersilakan…bagi yang lain harap kekalkan dikampung.

Seperti sedia maklum kita semua telah bekeluarga, maka ada dua buah keluarga yang perlu dkunjungi dihari raya, jadi pandai-pandailah mengatur jadual dan giliran menyambut raya. Jangan bertelagah kerana hari raya adalah hari untuk bergembira. Sistem giliran hendaklah secara adil dan saksama supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati disebelah pihak. Walaupun emak dan abah telah tiada diharap kita masih mengamalkan sistem giliran berhari-raya. Walaupun tanpa emak dan abah namun dapat bekumpul sesama adik beradik sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kerinduan terhadap mereka .


Selasa (22/9/09)

Hari Raya Ketiga. Saat perpisahan semakin hampir. Setelah berkumpul dan bermesra selama 5 hari tibalah masanya untuk berpisah Mungkin semua ahli telah memikirkan untuk kembali kerumah masing-masing atau pasangan. Maka hari ini mungkin hari terakhir dikampung, Oleh yang demikian mana-mana kuih muih yang berlebihan silalah bawa balik semula. Keadaan rumah hendaklah dikemas seperti sediakala.

Rumah abah akan kembali sepi sesepi hati emak dan abah. Namun begitu jika ada sesiapa antara kita yang mempunyai kelapangan dan kesanggupan agar tinggal lebih lama di kampung adalah amat dialu-alukan.


Demikian antara aturcara dan aktiviti yang diatur untuk memeriahkan sambutan Hari Raya. Kepada para adik beradik semua dapatlah kiranya mengambil peluang pulang ke kampung pada hari raya kali ini. Walaupun setelah ketiadaan emak dan abah tidak semestinya kita tak lagi pulang ke kampung halaman kita. Inilah masanya kita semua dapat berkumpul dan bermaaf-maafan sesama kita. Tiada apa yang abah dan emak tinggalkan untuk kita semua. Hanya rumah pusaka ini yang ada sebagai kenangan dari emak dan abah. Walaupun ianya tak seindah banglo mewah, tiada hamparan permaidani tebal, tiada aircond, tiada lantai marmar dan tidak seselesa rumah kita semua tapi hargailah rumah ini yang dibina atas penat lelah dan hasil titik peluh abah dan emak. Tinggalkanlah keselesaan dirumah masing-masing buat sementara waktu untuk bersama-sama pulang ke kampung.

Monday, August 31, 2009

Emak & Abah

Aku tak tau sangat sejarah emak dan abah. Abah ada empat adik beradik dan kesemuanya telah meninggal dunia. Adik beradik abah semasa hayatnya tinggal di Parit Sakai dan Air Hitam, Muar. Hanya abah yang tercampak dan tinggal di Parit Sulong hingga ke akhir hayat. Tapi sebelum pindah ke Parit Sulong abah dan emak pernah tinggal di Parit Sakai juga. Adik-beradik abah semua kami kenal
  1. Abdullah bin Kassan
  2. Parman bin Kassan
  3. Omar bin Kassan (abah)
  4. Kuan bin Kassan

Emak memang asal orang sini. Emak ada tiga adik beradik (yang aku tahulah) tapi kalau taksilap emak pernah cerita ramai adik-beradik emak yang meninggal sewaktu kecil atau baru dilahirkan. Tapi pada kami, edik beradik emak memang tiga orang jer sebab mereka jer yang kami kenal. Kakak emak yang kami panggil Mak We@Awe masih hidup lagi dan tinggal dengan anaknya di Cheras. Adik beradik emak
  1. Kariseh Joyo (masih hidup)
  2. Sadeli Joyo
  3. Amanah Johor

Sunday, August 30, 2009

Kenangan Raya 2008

Raya 2008. Giliran kami yang masih ada mertua beraya di rumah mertua dulu. So yang ada di kampung masa malam raya pertama Kak Long, Kak Noor, Kak Mah, Mek dan Yin. Enab balik petang raya pertama, aku balik petang raya kedua dan som balik petang raya ketiga (time orang dah nak balik ke rumah masing2..hehehe). So gambar raya family hj omar tak ada lah tahun ni. Tahun depan baru ada gambar raya family ni.

Ini gambar raya family aku kat rumah mentua.
Si Dania ni memang pantang ada camera, nak posing jer...


Aku dan hubby...romantik tak? hehehe

Dania & Dafiy


Sempat gak ler bergambar ngan enab masa balik PS. Macam janji2 pula si Dafiy dan Amir tu, pakai baju merah ngan jeans biru...handsomenye cucu2 atuk ni


Family Enab di pagi Aidil Fitri di rumah mentua. Theme hijau + pink lagi....

Dari Kiri : Ika, Saidon, Enab, Amir, Iki

Kenangan Raya 2007

Ini gambar2 kenangan raya tahun 2007. Tak ada lah pulak dalam simpanan aku gambar semua ahli keluarga dan gambar family Mek. So sesiapa yang ada gambar tersebut bagi ler kat aku untuk aku upload. Oh ya untuk raya tahun ni kita orang tak tetapkan sebarang theme color. So ikut suka family masing2 ler. Tu yang meriah sikit warna2 baju.


Family Kak Long. Theme - multi-color.
Depan : Airil, Kak Long
Baris Belakang Dari Kiri : Faiz, Khwirul, Ariff, Lan, Suzy

Note: Abaikan gambar budak kecik baju biru (menyelit jer Danish ni org nak bergambar)


Family Kak Noor. Theme color biru. Bergambar pulak kat surau baru yang dicat warna biru gak. Memang sedondon habis.

Dari Kiri : Ayu, Iwan, Ija, Abg Rin, Amy, Ain, Erra, Aril & Kak Noor


Keluarga Kak Mah. Tak de theme color. Tak pe yang penting ada baju raya baru...heheh
Baris Depan : Abg Mat Shah, Kak Mah
Belakang : Farhan, Fareez


Keluarga Kak Lah. Pun tak de theme color.
Baris Depan : Abg Wan, Kak Lah
Baris Belakang : Hafeez, Shasha

Keluarga Yin. Theme color gold.
Dari Kiri : Kak Tanty, Harith, Yin


Keluarga Som. Tak de theme color. Yang penting sedondon ngan pasangan. Anak2 tak kisah. Heheh.

Dari Kiri : Hafiz, Som, Lisa, Abg Enal, Aliya, Ijat







Keluarga Gee (aku ler tu). Theme color biru.
Dari Kiri : Danish, One, Dania, Gee (aku), Daniel


Keluarga Enab. Theme color color, cam family Yin.

Dari Kiri : Iki, Saidon, Enab, Ika


Permata hatiku. Danish, Dania & Daniel

Dania, Enab & Ika

Kenangan Raya 2006

Raya tahun ni kebanyakkan ahli keluarga balik ke rumah mentua dulu. So yang ada di kampung masa raya pertama adalah family Kak Long, Kak Noor, Kak Mah, Mek dan Yin. Enab petang raya pertama balik ke Parit Sulong dan aku pulak raya ke dua baru balik. So tahun ni tak adalah gambar kenangan semua ahli keluarga. Bergambar dengan family masing2 jer lah. Klu sesiapa ada gambar family nak letak kat sini , pas gambar2 tu kat aku.


Family Gee pagi raya dirumah mertua.


Gambar kat kampung PS. Danish, aku dan Dania. Rambut lepas rebondign tu...heheh



Danish dan Dania. Sofa jati Kak Noor yang dia tak nak dihantarnye ke kampung. Baru lagi tu...


Kenangan Raya 2005

Raya 2005 tahun pertama kami beraya tanya emak dan abah. Sedih memang terasa sedih tapi apa nak buat, life must go on. Sambutan raya tetap meriah sebab tahun ni memang turn adik beradik semua beraya di Parit Sulong. Bergambar pagi raya memang menjadi agenda rasmi ler selain dari acara bagi duit raya.


Anak2 & cucu Hj Omar & Hjh Amanah di pagi Aidil Fitri 2005

9 orang anak emak dan abah
Baris Depan Dari Kiri : Mek, Kak Long, Yin, Kak Mah, Enab
Baris Belakang Dari Kiri : Kak Lah, Kak Noor, Som, Gee


8 Menantu2 Emak & Abah (Abang Long dah meninggal)
Baris Depan Dari Kiri : Abg Enal, Abg Wan, Kak Tanty, Abg Rin
Baris Belakang Dari Kiri : Abg Brahim, One, Abg Mat, Saidon

Cucu2 Emak dan Abah
Baris Pertama Dari Kiri : Ijat, Lisa, Ika
Baris Kedua Dari Kiri :Harith, Shasha, Hafiz, Ika, Daniel, Ain, Danish
Baris Ketiga Dari Kiri : Farhan, Shafiq, Fareez, Erra, Faiz, Khairul, Ijah, Dania
Family Kak Long
Dari Kiri : Faiz, Ariff, Kak Long, Khairul
Note : Lan & Suzy belum sampai masa ambik gambar ni
Family Kak Noor. Theme color purple.
Baris Depan Dari Kiri : Ain, Kak Noor, Abg Rin, Aril
Baris Belakang Dari Kiri : Iwan, Ijah, Erra, Amy
Family Kak Mah.
Baris Depan Dari Kiri : Abg Mat
Baris Belakang Dari Kiri : Farhan, Fareez
Family Kak Lah.
Dari Kiri : Shasha, Abg Wan, Hafeez, Kak Lah
Family Mek.
Dari Kiri : Mek, Shafiq, Abg Brahim
Family Yin.
Dari Kiri : Yin, Kak tanty, Harity
Family Som.
Dari Kiri : Hafiz, Abg Enal, Lisa, Som, Ijat
Family Gee.
Dari Kiri : Gee, Dania, Daniel, One, Danish
Family Enab.
Dari Kiri : Iki, Enab, Saidon, Ika
Apalah ertinya raya bagi budak2 tanpa bunga api...
Budak2 dapat main bunga api jer tapi bapak budak main mercun KLCC lagi...ni lah mastermind dia
Bukanlah raya namanya kalau tak ada duit ray...ha sapa nak duit raya beratur, jangan berebut, semua dapat bahagian
Ini dah jadi tradisi keluarga kami sejak abah ngan emak masih ada. Buat jamuan ray auntuk orang kampung selepas sembahyang raya

Saturday, August 8, 2009

Cucu-cucu dan Cicit-cicit

Sehingga ke hari ini (2hb Ogos 2009) Hj. Omar dan Hjh Amanah mempunyai 26 orang cucu (seorang telah meninggal dunia) dan 3 orang cicit. Abah hanya sempat melihat kehadiran 23 orang cucu sahaja dan tak sempat jumpa dengan cicit pun. Emak sempat jumpa dengan 24 orang cucu dan sorang cicit.

Inilah senarai cucu2 emak dan abah.
  1. Azlan Anuar
  2. Mohd Ariff Anuar
  3. Khairul Nizam Anuar
  4. Mohd Faiz Anuar
  5. Nor Azreen Tumirin
  6. Mohd Izwan Tumirin
  7. Norhanizah Tumirin
  8. Mohd Azmi Tumirin
  9. Nur Nadhirah Tumirin
  10. Muhammad Amirul Farhan Mohd Shah
  11. Muhammad Amirul Fareez Mohd Shah
  12. Wan Nazirul Hafeez Wan Shafie
  13. Wan Fatin Natasha Wan Shafie
  14. Mohd Shafiq Ibrahim
  15. Abby Iddin Harith Bahrin
  16. Izzat Izuddin Zainal ABidin
  17. Izzat Hafizuddin Zainal ABidin
  18. Nur Alisa Zainal ABidin
  19. Nur Aliya Zainal ABidin
  20. Emmer Daniel Radzuan
  21. Adam Danish Radzuan
  22. Dania Batrisya Radzuan
  23. Emmil Dafiy Radzuan
  24. Mohd Aliff Zikry Saidon
  25. Amira Zulaikha Saidon
  26. Anis Sabrina Saidon (meninggal kerana denggi)
  27. Amir Mursyid Saidon
Rasanya bilangan cucu2 emek da abah setakat 26 orang kut, yer lah anak2 emak dan abah masing2 dah 'pencen beranak'..hehhe...tapi rezeki Tuhan sapa tahu kan...

Ini senarai cicit3 emak dan abah, maaf ler kalau spelling salah, nama2 zaman sekaran kan susah nak dieja...hehehe
  1. Ariel Nizam Azlan
  2. Irene Adriana Azlan
  3. Aeisya Maisara Mohd Izwan

Menantu-menantu

Anak -anak emah dan abah yang sembilan orang ni semua telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Ini senarai menantu2 emak dan abah.
  1. Anuar Sungip suami kepada Kak Long (telah meninggal dunia kerana brain tumor)
  2. Tumirin Bador suami kepada Kak Noor
  3. Mohd Shah Mohd Hat suami kepada Kak Mah
  4. Wan Safie Mohamad suami kepada Kak Lah
  5. Ibrahim Hassan suami kepada Mek
  6. Astanty isteri kepada Yin
  7. Zainal Abidin suami kepada Som
  8. Radzuan Arsat suami kepada Gee
  9. Saidon suami kepada Enab

Friday, August 7, 2009

Anak-anak

Hj. Omar dan Hjh Amanah ada sembilan orang anak, lapan perempuan dan sorang jer lelaki. Ramaikan...orang sekarang anak 3-4 tu dah consider ramai.
  1. Maskiah Omar (Kak Long)
  2. Siti Nor Azah Omar (Kak Noor)
  3. Fatimah Omar (Kak Mah)
  4. Kamariah Omar (Kak Lah)
  5. Mefah Omar (Mek)
  6. Bahrin Omar (Yin)
  7. Kalsom Omar (Som)
  8. Fauziah Omar (aku@moderator)
  9. Zainab Omar (Enab)

Aku tak tau kenapa sampai kakak yang keempat jer aku panggil kakak, yang lain aku bantai panggil nama jer. Dulu2 emak ada tegor gak suruh panggil Mek dan Yin , kakak dan abang. Tapi ntah ler lidah dah keras kut...hihihi

Anak2 emak dan abah semua dah kahwin dan dah beranak cucu pun. Nanti dalam entry lain aku cerita pokok keluarga emak dan abah.

Thursday, August 6, 2009

Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Keluarga Allahyarham Hj. Omar Bin Kassan dan Allahyarhamah Hjh Amanah Joyo. Blog ini nanti akan diisi dengan maklumat berkenaan keluarga ini, salah silah, aktiviti dan lain2 lagi. Sila lawati blog ini dari masa ke semasa.

Inilah rumah pusaka peninggalan emak dan abah untuk kami anak2, menantu2, cucu2 cicit2 semua. Rumah ini meninggalkan banyak kenangan suka duka kami sekeluarga.

PSU 139 Batu 21 Jalan Muar,
83500 Parti Sulong,
Baru Pahat, Johor


Jika ada maklumat yang hendak diuploadkan ke dalam blog ini, hubungi aku@moderator@gee...

gee7001@gmail.com