Friday, August 13, 2010

Cuba Bayangkan

Sebelum uolas semua baca n3 ni kan...aku nak korang pejam mata sekejap yea...CUBA BAYANGKAN...apa yang aku nak tuliskan kat sini.....

Puasa dah msuk hari ke tiga. Agak2 macamana suasana rumah kat kg time ni yea. Mesti kat surau meriah dan terang benderang setiap malam sebab jemaah berterawih, tapi rumah kita gelap gelita kan.

Cuba bayangkan.....Agak...labah2 dah mula buat sarang ke belum yea. Agak2 habuk dah mula menebal berapa inci agaknya yea....semut dah mula buat sarang ke belum erk...daun2 dah mula berguguran banyak ker.....

Cuba uols bayangkan keadan tu kan.....ingat masa kita semua kecik2 dulu...bulan puasa...walaupun makan tak semewah sekarang...tapi best kan...tadi baca n3 yin..terbayang pulak suasana puasa dulu2 kat kg. kuih paling mewah kita buat pun buah melaka aje kan...setengah bulan puasa Yin dah mula cari buluh, nak buat meriam...walaupun akhirnya meriah dia cuma bunyi BULP...BULP..BULP..hahahahaha




cuba bayangkan kalau jambu ni berbuah masa kita masih kecik2 dan duduk kg, mesti buah dia tak membazir cam ni kan...kita mana ada peluang nak beli buah2 lain masa tu...makan aje buah2an yang kat keliling rumah.....sila bayangkan yea....ini ayam pun tak lalau nak makan dah jambu ni
cuba bayangkan..keadaan gazebo ni sekarang....mesti sunyi sepi...tak ada sapa yang nak berebut duduk kat sini....semut pun taksudi duduk kat sini kot....

cuba bayangkan....adakah keadaan dalam rumah kita masih bersih seperti ni...ni masakita nak tinggalkan kg hari tu...3 minggu lepas....sekarang ni agak2 habus dah tebal kot....

Cuba bayangkan...agak2 macam nilah sunyinya rumah kita ye time ni.....semua pintu dan tingkap tertutup rapat.....Rumah tinggal....

cuba bayangkan...bila kita semua balik..kat bawah pokok2 ni lah anak2 kita bermain...terjerit2 kita panggil anak2 kita jangan main itu ini..jangan main tanah, jangan main longkang, jangan bakar sampah, jangan main hujan..sedangkan dulu-dulu..itulah mainan kita seharian kan....apa nak baut zaman dah berubah..kita terlalu protect anak2 kita...kita ah melalui kesusahan..kalau boleh tak nak anak melalui apa yang kita lalui..BETUL TAK?...

cuba bayang kan 3 minggu lepas, rumput kat depan rumah..panjang macam ni,,,time raya nanti agak2 ada ke sama tinggi ngan pokok lalang ke pokok padi...

So..dapat tak kalian semua bayangkan..macamana keadaan kampung halaman kita.....so kalau dah terbayang tu..hah apa lagi...jomlah balik kg raya nanti...lamabt pun tak apa...yang penting balik kg...kan..kan...kan...kan...





No comments:

Post a Comment