Thursday, July 29, 2010

Pulanglah Anak-Anak ku....

Assalamualaikum semua kaum kerabat ku......dah lama betul rasanya dibiarkan blog ni bersawang yea.....agak2nya sawang dia dah sama banyak dengan rumah pusaka kita kat kg tu kan....Maklum lah aku dihambat masa, dan hanya berkesempatan mengupdate blog Mama Miraki aku jer

So amacam...kaum kerabat semua....dah ready ke nak membersihkan sawang2, semak samun, semut hitam, merah dan kuning kat kg.

Ok actually hujung minggu ni ( malam esok) aku nak balik kg dah...sepertimana yang kita semua dah plan cantik2 kan....kita semua nak balik kg kan...nek mengadakan KENDURI TAHLIL untuk arwah Abah dan Emak. Juga untuk arwah Abg Long & Anis Sabrina.

Rasa tak sabar nak balik kan.....dikesempatan ini, aku nak ambil peluang nak jerit sekuat2 hati....JOMLAH BALIK KG.....memandangkan raya tahun ni tak semua dapat beraya di kg...( kerana giliran rumah Mentua kan)...so marilah balik kg time ni...nak bagi advance duit raya pun boleh.


Allahyarham Abah dan Emak yang tercinta...Al-Fatihah....Damailah disana....


Bayangkan seandainya Abah & Emak masih ada lagi..alangkah seronoknya kita nak balik kg ni kan. Mesti Abah dan berulang alik ke PS nak beli barang2 keperluan sempena kepulangan anak cucunya nanti. Mak pulak mesti dah bertin-tin...banyaknya kerepek pisang, kerepek keladi, rempeyek....dan macam-macam juadah yang jadi kegemaran anak-anak. Tapi kini semuanya tinggal kenangan....Ni kira nanti aku balik malam sabtu ni dgn Mummy Gee, Yin & som.....( yang lainnya hanya akan pulang siang sabtu nanti)....hanya gelap gelita dan kesuraman malam yang menyamut kepulangan kami semua kan. Tak ada lagi air kopi di tengah malam buta., tak ada lagi orang nak paksa kita makan malam2 buta....

Kali ni kepulangan aku hanya akan disambut oleh "Pasha", daun pintu yang berkeriut, zink yang hampir berkarat, air paip yang kuning kerana lama tak digunakan, pinggan mangkuk yang berhabuk, sawang yang berselirat, gazebo yang malap, rumput yang menjalar. Nasib baiklah kakak aku si Mama Janet yang tinggal agak berhampiran dan tolong bersihkan rumah minggu lepas....kalau tak, tak taulah aku.....mau malam tu tido hotel kat Muar dulu kot...sabtu pagi baru balik kg....

so kepasa semua kaum kerabat ku..aku menyeru marilah kita balik ke kg. Selain untuk menziarahi pusara Abah dan Emak, boleh mengimbau kenangan lama di kg.....Kepada Kak Kay...sudi2 lah luangkan masa yea...nanti kau akan tertinggal berita-berita terkini....dan juga inilah masa nak berkumpul semua ahli keluarga kita......

Untuk pengetahuan semua...kenduri & majlis tahlil akan diadakan pada Hari Sabtu (Malam Ahad) selepas solat Isyak.

1 comment:

  1. Barang2 semua dah packed dan susn cantik tepi pintu....lepas isya' insyallah akan bertolak. Jumpa di kampung...

    ReplyDelete