Tuesday, September 8, 2009

Lambaian Kampung Halaman

LAMBAIAN KAMPUNG HALAMAN (Notis Pemberitahuan)

Seperti mana biasa, tahun ini adalah merupakan giliran bagi kita semua untuk meraikan kedatangan Syawal di kampung halaman (Parit Sulong, Baru Pahat, Johor). Sebagaimana kebiasaan rutin dwitahunan, semua ahli keluarga dialu-alukan balik kampung semasa Hari Raya ini.

Pulanglah perantau, pohon-pohon nyiur melambai-lambai dan menanti kepulangan kita. Pusara emak dan abah juga seolah-olah menggamit kita semua untuk menziarahinya. Bayangkanlah kesyahduan dan kesuraman pusara emak dan abah jika tidak dikunjungi sesiapa.

Tahun ni (2009) giliran kami adik beradik beraya di kg PS. Kalau giliran beraya di PS suasana memang meriah. Bayangkanlah kami semua ada 9 adik beradik , menantu 8 oang, cucu 26 orang, cucu menantu 3 orang, cicit 3 orang..hah tak meriah ker...hampir 50 orang berkumpul dalam rumah pusaka tu untuk selama lebih kurang 3 hari.

Oleh kerana Hari Raya dijangka jatuh pada hari Ahad bersamaan 20 September 2009, ada kemungkinan ramai yang akan balik kg pada hari Sabtu. Tapi kalau semua balik hari Sabtu , sapa pulak nak buat persiapan ni. Siapa nak gi Pasar, nak anyam ketupat, masak rendang dll. Haaaaa..so aku selaku Setiausaha Yayasan Keluarga Hj Omar & Hjh Amanah, nak buat iternary ni...

Aku cadangakan apa kata korang semua cuti hari Jumaat... balik ler petang tu ker..yang penting pagi sabtu tu dah ada kat kg. Maklumlah kita ni kan nak balik rumah tinggal. Kadang2 kawan2 aku pun pelik tau..dia kata..”Ape hal lah kau ni nak balik kg lagi..mak abah bukan ada lagi..rumah kosong pulak tu”. Hah diaorang tu tak tau sentimental value rumah ni dan hubungan kekeluargaan kami. Walaupun Mak dan Abah dah lama kembali ke Rahmatullah, kami tetap seperti dulu, dan setakat ni tiada sebarang perbalahan atau persengketaan antara kami ( kalau ada pun sebab semua berebut tak nak balik dulu atau balik paling lewat...hihihihi).

Bagi diri aku, aku plan nak balik kg ptg Jumaat. Aku nak buka puasa kat R n R Ayer Keroh atau Hentian Sebelah. Aku akan masak dulu dan bawak bekalan..sebab dah tau dah kalau nak gibeli kat R n R...alamatnya buka puasa ngan Maggi ajelah. Salah satu sebab aku nakbuka tengah jalan, sebab anak2 suka...macamberkelah diaorang kata..Jom cepat sapa nak joint aku.

Jamuan Hari Raya

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Insyallah pada tahun ini kita akan meneruskan tradisi dan kesinambungan mengadakan majlis jamuan Hari Raya pada pagi Hari Raya Pertama iaitu selepas selesai solat sunat Aidil Fitri.

Bagi penyediaan kuih muih dan biskut Raya sumbangan sejenis kuih bagi setiap keluarga adalah diperlukan sekadar untuk pelengkap meja, kerana seperti sedia maklum kita semua bukanlah akan lama berada dikampung, jadi memadailah dengan apa- yang ada.

Operasi Pembersihan

Oleh kerana rumah pusaka ini telah ditinggalkan kosong semenjak pemergian emak dan abah maka keadaan rumah ini adalah dalam keadaan yang kurang memuaskan dan kurang selesa. Maka operasi pembersihan akan dilakukan bersama-sama untuk menceriakan persekitaran rumah ini. Walaupun tanpa emak dan abah semoga rumah ini akan tetap menjadi ceria dan meriah setiap kali Hari Raya. Selagi rumah ini tidak rebah menyembah bumi sebagaimana hancurnya jasad emak dan abah dimamah bumi marilah kita menceriakannya dengan pulang ke kampung.Pulanglah sementara peluang masih ada, esok-esok kalau dah lama-lama takut kita semua pun lupa dah nak balik kampung. Mungkin diwaktu ini baru kita semua akan terkenang alangkah beruntungnya bagi sesiapa yang masih punya kampung halaman dan ibu dan bapa.Kita sepatutnya merasa beruntung kerana emak dan abah ada meninggalkan rumah pusaka ini untuk kita semua, cuba bayangkan seandainya tiada rumah pusaka ini, dapatkah kita berkumpul beramai-ramai seperti ini. Mungkin kita semua akan membawa haluan masing-masing.

Jumaat (19/9/09)


Kepulangan ke kampung secara beramai-ramai ( mana yang boleh ler). Diharap semua adik beradik dapat meluangkan masa agar pulang ke kampung pada hari ini, kecuali bagi sesiapa yang menghadapi masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Mengemas rumah untuk menyambut kedatangan Syawal, membersihkan pusara emak dan abah, menyediakan juadah berbuka puasa bersama-sama.Berbuka puasa beramai-ramai sambil mengimbau kenangan lalu berbuka puasa di kampung bersama-sama emak dan abah.

Malam- Bersolat Tarawikh .

Aktiviti seterusnya – “bermain mercun dan bunga api”.dan bersahur beramai-ramai.


Sabtu (19/9/09)

Pagi ni operasi shopping bahan2 basah kat PS. Tugas ni macam biasa aku serahkan kat Gee...hihihihi sebab dia suka sangat gi pasar kan. Aku mungkin boleh ikut..tapi aku setakat round2 tengok tudung aje kot..hihihihi.tak pun aku nakbeli stok Kopi aku aje...harap2lah dia jual.

Siapa yang kat rumah tu anyam ketupat. Aku nak buat ketupat palas,maklumlah hubby kan suka ketupat palas...kat PS ni mana ada jual ketupat palas pulak. So kena beli daun palas dari KL ni.. Waktu ni aku yakin yang amat ”pasangan” kita ni tengah dibuai mimpi indah kan....caya tak..tak apa kita ni semua kan super women...apa yang penting KERJASAMA.....wonder pet....

Tgh tu lepas Zuhur..operasi memasak kawah dimulakan. Antara menu yang kena disiapkan hari ni ialah.

Rendang Tok ( versi aku...sebab aku yang kena masak....)
Ketupat ( ini kena bagi tugas kat mek..nanti kalau ketupat lembik ke keras sangat..dia marah.......kan mek kan...)
Rendang Ayam ( Hah yang ini tugas kakak atau Kak Nor...)
Hidangan untuk berbuka hari ni ler...kena masak dalam kuantiti banyak sebab semua dah balik..siapa yang tak balik tu..memang nak kena lah..)

Selain dari menu di atas, kena siapkan bahan2 untuk dimasak malam ni dan esok pagi...antara menu yang nak disediakan ialah

Kari Ayam
Masak Lodeh
Sambal Kacang ( ni kena mek ke kak nor masak ni..sedap)
Lemang pulak import dari KL lah..”Lemang MZ” kat depan Tiara Kondo kat Ampang ni...ni tugas Iwan atau Ain lah..sebab dia biasa balik kg lambat kan...

Petang ni juga, nak gi pusara mak dan abah, nak ziarah meraka..semogo mak dan abah termasuk dalam golongan orang2 yang beriman...

Petang ni waktu berbuka, seperti tahun2 sebelum ni, mesti meriah sebab semua ada. Hidangan secara buffet aje, sebab kalau nak hidang sure tak cukup tempat. Boleh pegi PS ni gi bazar Ramadhan, tapi mesti lah jam giler.

Malam Raya

Selepas buka puasa, solat maghrib dan Isyak marilah kita buat tahlil untuk arwah Mak, abah, Abg Long, Anis dan untuk para muslimin dan muslimat.

Selepas tu baru acara seterusnya...Masak ler apa lagi...masak...dan masak ...masak...itulah keluarga kami....hihihihi jangan takut siapa datang rumah kami sure tak kebulur.Anak-anak@ cucu-cucu semua dah tentu ada xtvt ”perang Vietnam@main bunga api dan mercun. Master mind nya...korang mesti tahu kan...tahun tu tak taulah ada tak pertunjukan Bunga Api..macam tahun2 sudah...hello..helloo....tukang sponsor, ni nak tanya ni...tahun ni ada tak pertunjukkan tu...hihihihiih

Bertakbir raya..memuji kebesaran Ilahi...


Ahad (20/9/09)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Fajar Syawal menjelma tiba. Kesyahduan dan kesayuan pasti terasa tanpa kehadiran mak dan abah. semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan termasuk ke dalam golongan yang beriman. Disaat kita bergembira jangan dilupakan mereka yang terlebih dahulu menyahut panggilan ilahi. Kunjungilah pusara mereka andai berkesempatan.


Solat Sunat Aidil Fitri…..dan seterusnya Jamuan Hari Raya di halaman rumah. Insyallah tradisi ini akan diteruskan setiap tahun. Inilah satu-satunya kenangan majlis hari raya yang arwah abah lakukan semasa hayatnya.Semoga kita akan meneruskan tradisi ini selagi hayat dikandung badan.

Sessi bermaaf-maafan atas segala kesalahan.

Sessi Fotografi akan diadakan sejurus selesai majlis jamuan hari raya. Semua ahli akan mengekalkan “keayuan” dan “kehenseman” dengan baju raya masing-masing untuk mengabadikan kenangan dwitahunan ini. Bukan senang untuk menyatukan kesemua ahli keluarga kita secara serentak, jadi jangan lepaskan peluang ini, diminta semua bekerjasama. “Cameraman” dan “Camerawoman”. Foto yang telah diproses akan dipostkan ke dalam blog. Kenangan foto raya terakhir kita semua bersama emak dan abah ialah pada 2002. Pada 2003 abah telah kembali ke rahmatullah, dan sejak itu tiada foto penuh keluarga diabadikan. Jadi inilah masanya kita mengabadikan kenangan Raya 2009.

Selesai acara sessi fotografi adalah acara “pemberian duit raya”, iaitu acara yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak kita Sebagai persediaan sila kumpulkan anak masing-masing agar tidak ada yang “tercicir” dari acara ini. Sebarang tuntuan selepas cara selesai tidak akan dilayan. Jadi pastikan anak-anak anda semua berbaris mengikut barisan……kalau tertinggal juga tunggu ajelah tahun hadapan……Bagi sesiapa yang terlupa berapakah bilangan anak-anak saudara untuk penyediaan duit raya sila rujuk “Carta Keluarga” yang dilampirkan bersama-sama ini.

Selepas tu, apa kata kita ziarah sanak saudara sebelah abah kat Muar. Yelah walaupun mak dan abah dan pak cik2 tu semua dah tak ada, apa salahnya mengeratkan balik silaturahim ni kan. Aku sure kalau bergesel bahu pun dgn sepupu2 ni atau anak2 diaroang kat KL kita tak kenal pun.

Aktiviti bebas…sebelah petang adalah aktiviti bebas, melawat saudara mara, me’rewang” ke “BP Walk”, dan lain-lainnya…semua acara bebas dan dibawah tanggungan sendiri….dan semua risiko adalah dibawah tanggungjawab sendiri…Para isteri sila pastikan diwaktu ini dimanakan pasangan anda berada, adakah mereka berada ditempat yang sepatutnya…hihihihihihiihi

Malam – acara BBQ akan diadakan…lokasi adalah dihalaman rumah dibawah sinaran cahaya pelita dan rembulan…acara pertunjukkan bunga api juga akan diadakan jika ada “bekalan’ dan “sponsor”..hiiiii (ni tugas Wan Pie ni…)Kalau nakbawak khemah pun boleh...budak2 lagi suka. Tukang bakar serah kat budak2 aje..settle semua...

Isnin (21/9/09)

Pada hari raya kedua ini juga, bagi sesiapa yang mengamalkan sistem “Giliran” berhari raya dan ingin pulang ke rumah pasangan masing-masing dipersilakan…bagi yang lain harap kekalkan dikampung.

Seperti sedia maklum kita semua telah bekeluarga, maka ada dua buah keluarga yang perlu dkunjungi dihari raya, jadi pandai-pandailah mengatur jadual dan giliran menyambut raya. Jangan bertelagah kerana hari raya adalah hari untuk bergembira. Sistem giliran hendaklah secara adil dan saksama supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati disebelah pihak. Walaupun emak dan abah telah tiada diharap kita masih mengamalkan sistem giliran berhari-raya. Walaupun tanpa emak dan abah namun dapat bekumpul sesama adik beradik sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kerinduan terhadap mereka .


Selasa (22/9/09)

Hari Raya Ketiga. Saat perpisahan semakin hampir. Setelah berkumpul dan bermesra selama 5 hari tibalah masanya untuk berpisah Mungkin semua ahli telah memikirkan untuk kembali kerumah masing-masing atau pasangan. Maka hari ini mungkin hari terakhir dikampung, Oleh yang demikian mana-mana kuih muih yang berlebihan silalah bawa balik semula. Keadaan rumah hendaklah dikemas seperti sediakala.

Rumah abah akan kembali sepi sesepi hati emak dan abah. Namun begitu jika ada sesiapa antara kita yang mempunyai kelapangan dan kesanggupan agar tinggal lebih lama di kampung adalah amat dialu-alukan.


Demikian antara aturcara dan aktiviti yang diatur untuk memeriahkan sambutan Hari Raya. Kepada para adik beradik semua dapatlah kiranya mengambil peluang pulang ke kampung pada hari raya kali ini. Walaupun setelah ketiadaan emak dan abah tidak semestinya kita tak lagi pulang ke kampung halaman kita. Inilah masanya kita semua dapat berkumpul dan bermaaf-maafan sesama kita. Tiada apa yang abah dan emak tinggalkan untuk kita semua. Hanya rumah pusaka ini yang ada sebagai kenangan dari emak dan abah. Walaupun ianya tak seindah banglo mewah, tiada hamparan permaidani tebal, tiada aircond, tiada lantai marmar dan tidak seselesa rumah kita semua tapi hargailah rumah ini yang dibina atas penat lelah dan hasil titik peluh abah dan emak. Tinggalkanlah keselesaan dirumah masing-masing buat sementara waktu untuk bersama-sama pulang ke kampung.

3 comments:

  1. Yin jangan lupa bawak buffet set untuk jamuan raya nanti...

    ReplyDelete
  2. emm pegi pasar tu memang 'jawatan tetap dan berpencen' akak!

    ReplyDelete
  3. kira on ler tu orang bagi jawatan tetap kat akak tau..tak payah bertanding ke apa...jawatan seumur hidup tu tau...

    ReplyDelete