Saturday, April 3, 2010

Bersawang

Asalamualaikum....

ada tuan rumah tak....dah lama blog ni bersawang yea......taulah rumah ni rumah pusaka...tapi tak kan blog ni pun nak jadi blog pusaka gak kan....hehehehhehehe

Saturday, February 20, 2010

Balik Kampung

Assalamualaikum....

Buat semua saudara-saudara ku...kalau ada kelapangan dan kesempatan...jom kita balik kg...minggu depan ( jumaat, sabtu & Ahad). Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul ...pada 26/2/2010.

Dah lama rumah pusaka ni tak dikunjungi, begitu juga pusara Mak dan Abah. Jomlah balik...boleh ronda2 kg....pegi pekan PS...makanmee bandung, briyani gam, murtabak singapore, soto.....dll....jom,,,balik..jangan tak balik.....

Thursday, November 19, 2009

Aidil Adha Menjelang

Lebih kurang seminggu lagi , kita nak sambut adidil Adha. Nampaknya aidil adha kali ni rumah pusaka kita akan sunyi sepi. Tak seperti tahun2 sebelum ni kita buat korban kat kg. Tahun ni nampaknya masing2 beraya di rumah sendiri aje kot.

Tahun lepas meriah sangat time raya haji. Kami ada buat korban 2 ekor lembu disamping buat aqiqah untuk anak2 aku, Gee & Som.

Kesian pulak tengok rumah tu sepi aje yea...time orang solat aidil Adha kat surau, tengok rumah kita sunyi sepi. Mesti jiran2 sekampung tertanya2 kenapalah x ada sorang pun balik kg yea. Nak buat camana kebetulan semua ada perkara lain...dan kebetulan hari raya jatuh hari jumaat...bagi aku..Ahad tu dah sibuk pulak nak hantar ika ke kem Permata Pintar, Iki nak ke kem tahfiz....adik beradik lain pulak..ada macam2 agenda...ada yang balik rumah in law, adik ipar kahwin dll....

so Selamat Hari Raya Aidil Adha....

Wednesday, October 7, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


KENANGAN HARI RAYA 1430H (2009)


Berdiri belakang dari kiri : Azmi (cucu), Aril(cucu menantu), Wan(menantu) Ibrahim (menantu), Khairul(cucu), Md Shah(menantu), Azlan(cucu), Tanty(menantu), Ariff(cucu), Radzuan(menantu, dukung Dafiy) Tumirin(menantu)Zainal Abidin (menantu), Hafeez (cucu), Saidon (menantu)

Duduk dari kiri : Kamariah (anak ke 4), Mefah (anak ke 5), Fatimah (anak ke 3), Bahrin (anak ke 6), Maskiah (anak sulong), Fauziah ( anak ke 8), Siti Noor Azah ( anak ke 2), Kalsom (anak ke 3), Zainab(anak ke 9)

Barisan depan : Afiz, Izzad, farhan, Fareez, faiz, Ayu & Echah, Ain,Ijah, Irah,Suzi & Airin, Iwan

Barisan paling depan : Dania,Harith, Airel (cicit), Adam, Danny, Shafik meriba Amir,Iki, Lisa,Ika & shasha

Tak berkesempatan nak update family blog ni.....nak tau cerita raya ...dah ada dalam blog aku ngan Gee. Apa pun hari raya tahun ni memang meriah sangat dengan kepulangan semua ahli keluarga Arwah Hj Omar & Hjh Amanah. Kesemua kami ada 49 orang dari 3 generasi. Selama 4 hari berkampung si sini...ahhhh bestnya....nak tau lebih detail tengok blog aku atau blog Gee....

Tuesday, September 15, 2009

Jom Join Buka Puasa ...otw balik kg

Assalamualaikum..

weiiii korang semua balik kg bila? Jomlah join aku ngan gee balik kg petang Jumaat tu. We all plan nak kuar rumah dalam kul 5 ptg lebih ker..dannakberbuka di RSA Ayer Keroh. Saja aje nak tengok gelagat orang ramai. Kira cam nak berkelah kat Gazebo tu ler...Dah tau dah kalau nak beli makanan kat gerai-gerai tu mesti ramai orang punya dan makanan ntah apa-apa aje....so we all bawaklah bekal siap2....Jom cepat sapa nak join. Kak Nor, Kak Lah & Kak Mah cepatlah bagi respon......

Wednesday, September 9, 2009

Kenangan Raya Terakhir Bersama Mak, Abah & Abg Long

Tahun 2001..raya terakhir dapat mengabadikan Foto bersama arwah Abah, Mak dan Abg Long. Tahun ni tahun terakhir semua beraya di kg bersama mak dan abah..tahun 2002 giliran menyambut raya di rumah mentua , hanya sebahagian yang ada pada pagi raya, tahun 2003 abah telah kembali ke Rahmatullah di ikut dgn Abg Long pada 2004 dan Emak pada 2005. Selepas tu semua Foto raya tanpa Abah, Mak & Abg Long. Time ni aku aku tengah sarat mengandung anak aku Anis Sabrina yang akhirnya turut dijemput ilahi pada tahun 2002 pada usia 8 bulan....Al Fatehah untuk Abah, Emak, Abg Long & Anis Sabrina.

Kenangan Raya 2001 - tema biru tahun ni...

Tuesday, September 8, 2009

Khabar Dari Kampung

Dari berita yang Mek sampaikan kat aku, dia dah kemas rumah kat kampung. Last weekend dia balik kampung dengan bawak dua indon workers untuk bersihkan rumah dan pasang langsir rumah. So nanti kita balik kampung tak adalah lantai semua melekit sangat.

Selain dari tu buah mangga kat belakang dapor tu dah 'tua' tunggu masa nak masak. Dan ada 'nangka gurun' pun Mek kata tunggu masa jer. Harap2 buah2an tu 'sabar' ler jangan masak dulu. Tunggu le kita orang balik dulu.

Rasa2nya lampu pelita dah ada ke belum yek? Selalunya Abang Brahim akan cacak gak lampu pelita, nak bagi senang anak2 main bunga api ler...

Hi tak sabar betul ler nak balik kampung ni...