Saturday, February 6, 2016

Emmer Daniel's 14th Birthday


06/02/2016 Sabtu - Hari genaplah usia anak sulong Mummy si Emmer Daniel yang ke-14. Dah besar anak mummy. Sekejap betul masa berlalu. Walaupun Along dah 14 tahun tapi Along tetap baby mummy yang comel sampai bila-bila. Moga Allah berikan Along kesihatan yang baik dan hidup sentiasa di dalam keberkatanNya. Jangan tinggal solat. Jadi anak yang soleh dan abang yang baik pada adik-adik.


Sama-sama montel.

Hari ni Mummy bagi peluang dia ke IOI CitiMall dengan Angah dan beberapa kawan baik dia. Mummy hantar pukul 10 pagi dan pukul 6.30 Daddy jemput dia orang. Moga sedikit kebebasan yang diberokan hari ini dimanfaatkan demgan sebaiknya.


Along dan Angah dah hampir sama tinggi. Beza umur setahun je.

Saturday, September 8, 2012

Hari Raya 2012

Mak datuk dah bersawang sungguh blog ni, manalah tuan tanah dia ni pegi. Jom kita tengok gambar waris2 Haji Omar & Hjh Amanah. Gambar tahun ni tak cukup korum la sebab turn beraya di rumah mertua dulu bagi yang masih ada mertua lagi. Apa2 pun layannnnnnnnnnn 


Family Kak Long... tak cukup korum...Faez, Kak Long dan Dr Khairul (yang kena kerja dipagi raya....)

Family Kak Noor
Barisan Belakang Dari Kiri ... Ayna, Ayu, Ira, Amy, Eija, Ayien
Barisan Depan Dari Kiri ... Iwan, Echa, Kak Noor, Abang Rin, Aril

Family Kak Mah.. Mat Shah & Kak Mah. Farhan/Fareez... tolong emailkan gambar raya korang satu family ye

Family Kak Lah ... Hafeez, Shasha, Kak Lah & Wan Pie

Family Mek... Shafiq, Brahim dan Mek

Family Yin... Harith, Yin & Tanty

Family Som ... Ijat, Afiz, Enal, Som, Lisa, Aliya

Family Gee ... Gee, Dania, Daniel, Danish, Radzuan dan Dafiy

Family Enab... Ika, Saidon, Enab, Iki dan Amir

Aril dan Ayien

Ayu, Iwan, Ayna & Aisyah

p/s Sesiapa yang nak gambarnya ada di sini sila emailkan gambar pada moderator yer...
- Family Kak Mah
- Family Lan
- Family Ariff

Thursday, March 3, 2011

Teringat KampungKu

Dah lama betul blog ni berkarat yea...dah naik bersawang seperti bersawangnya rumah pusaka kita kat kampung kan. korang tak rindu ke nak balik......bila agaknya dapat melepak kat sini yea...malam2 ni tengok balik album2 gambar...syahdu ler pulak tengok gambar2 kenangan ni...

damainya tengok suasana rumah kg ni kan.....kalaulah Mak & Abah ada lagi...bestnya...boleh balik kg selalu.....tak yah nak arrange 2 masa dan ketika kan...

sebahagian dari kekanda2 ku.....yang inilah yang agak mudah kutemui....

nguaaaarangggggggg......panglima2 Bt 21.....

Pn Kalsom mesti copy paste gambar ni nak buat profile picture dalam FB dia ni....hehehehe..ko mesti tak ada gambar ni kan som....


dua jejaka macho...tapi hancor.....hahahahah.....

tangga ....tempat selalu jadi tumpuan.....meriah...ceria...gembira....dalam duka...pemilik rumah ini telah tiada...tu yamg baju biru kat anak tangga pertama tu cam malu2 jer kan...
indahnya kenangan itu...mungkinkah dapat berkumpul begini lagi....

lembu yang menanti masa nak dikorbankan......tetiba rindu pulak dengan suasana ni.....Mak Abah....rindunya kat mereka berdua...

kenangan buat korban kat kg...tahun 2006...dah lama kita tak ber"korban". Lama tak dengar berita orang kampung ku ni......

Semakin lama rasa semakin jauh pulak dengan rumah pusaka ni kan....bila agaknya boleh berkumpul di sana lagi yea....

Wednesday, September 22, 2010

KENANGAN RAYA 2010


Signboard yang semakin berkarat dan kusam... jom kita gantikan dengan signboard batu...

KELUARGA MASKIAH & ALLAHYARHAM ANWAR
(Sila emailkan gambar)


KELUARGA NOOR AZAH & TUMIRIN

Amy, Eira, Abg Rin, KNoor, Eija, Ayien (terserlah kegomukkanmu...hehehe) & Ayu
Tiada dalam gambar : Iwan, Aril & Echah

KELUARGA FATIMAH & MAT SHAH
(Sila emailkan gambar)



KELUARGA KAMARIAH & WAN SAFIE

K.Lah, Abg Wan, Hafeez & Shasha

KELUARGA MEFAH & IBRAHIM

Mek, Abg Brahim & Shafiq

KELUARGA BAHRIN & ASTANTY

Yin, Harith & Kak Tanty

KELUARGA KALSOM & ZAINAL ABIDIN
Lisa, Som, Aliya, Ijat (belakang), Abg Enal & Hafiz


KELUARGA FAUZIAH & RADZUAN

Daniel, Dafiy, One, Gee, Dania & Danish


KELUARGA ENAB & SAIDON

Iki, Amir, Enab, Saidon & Ika

---------------------------------------------------
CUCU2 CICIT HAJI OMAR & HJH AMANAH
---------------------------------------------------

KELUARGA AZREEN & ARIL

Aril & Ayien

KELUARGA IZWAN & AYUNI


p/s Jangan lupa email kan gambar2 kepada pihak admin ye... gee7001@gmail.com

RAYA 2010

Raya tahun ni giliran beraya di rumah mertua masing2, so tak adalah sesi fotografi 3 generasi keluarga Hj Omar & Hjh Amanah. Yang ada cuma gambar anak2 haji omar ngan family masing2 je. So korang kalau nak letak gambar raya family kat dalam blog ni mailkan gambar tu kat aku atau enab.

Dah kul 6.45am pun tak reti2 nak padam lampu lagi yer...membuzir betullah korang ni...

Pondok kecil yang ramai peminat

 
Gambar wajib ada tiap kali aku balik kampung... ambik gambar2 ni awal2 pagi masa masih ramai lagi yg ngorok tpai aku dah nak kena pegi PS cari sarapan...

Gambar aku mesti nak kena letak gak...

Friday, August 13, 2010

Cuba Bayangkan

Sebelum uolas semua baca n3 ni kan...aku nak korang pejam mata sekejap yea...CUBA BAYANGKAN...apa yang aku nak tuliskan kat sini.....

Puasa dah msuk hari ke tiga. Agak2 macamana suasana rumah kat kg time ni yea. Mesti kat surau meriah dan terang benderang setiap malam sebab jemaah berterawih, tapi rumah kita gelap gelita kan.

Cuba bayangkan.....Agak...labah2 dah mula buat sarang ke belum yea. Agak2 habuk dah mula menebal berapa inci agaknya yea....semut dah mula buat sarang ke belum erk...daun2 dah mula berguguran banyak ker.....

Cuba uols bayangkan keadan tu kan.....ingat masa kita semua kecik2 dulu...bulan puasa...walaupun makan tak semewah sekarang...tapi best kan...tadi baca n3 yin..terbayang pulak suasana puasa dulu2 kat kg. kuih paling mewah kita buat pun buah melaka aje kan...setengah bulan puasa Yin dah mula cari buluh, nak buat meriam...walaupun akhirnya meriah dia cuma bunyi BULP...BULP..BULP..hahahahaha




cuba bayangkan kalau jambu ni berbuah masa kita masih kecik2 dan duduk kg, mesti buah dia tak membazir cam ni kan...kita mana ada peluang nak beli buah2 lain masa tu...makan aje buah2an yang kat keliling rumah.....sila bayangkan yea....ini ayam pun tak lalau nak makan dah jambu ni
cuba bayangkan..keadaan gazebo ni sekarang....mesti sunyi sepi...tak ada sapa yang nak berebut duduk kat sini....semut pun taksudi duduk kat sini kot....

cuba bayangkan....adakah keadaan dalam rumah kita masih bersih seperti ni...ni masakita nak tinggalkan kg hari tu...3 minggu lepas....sekarang ni agak2 habus dah tebal kot....

Cuba bayangkan...agak2 macam nilah sunyinya rumah kita ye time ni.....semua pintu dan tingkap tertutup rapat.....Rumah tinggal....

cuba bayangkan...bila kita semua balik..kat bawah pokok2 ni lah anak2 kita bermain...terjerit2 kita panggil anak2 kita jangan main itu ini..jangan main tanah, jangan main longkang, jangan bakar sampah, jangan main hujan..sedangkan dulu-dulu..itulah mainan kita seharian kan....apa nak baut zaman dah berubah..kita terlalu protect anak2 kita...kita ah melalui kesusahan..kalau boleh tak nak anak melalui apa yang kita lalui..BETUL TAK?...

cuba bayang kan 3 minggu lepas, rumput kat depan rumah..panjang macam ni,,,time raya nanti agak2 ada ke sama tinggi ngan pokok lalang ke pokok padi...

So..dapat tak kalian semua bayangkan..macamana keadaan kampung halaman kita.....so kalau dah terbayang tu..hah apa lagi...jomlah balik kg raya nanti...lamabt pun tak apa...yang penting balik kg...kan..kan...kan...kan...





Thursday, August 5, 2010

Selamat Berpuasa Semua

Seminggu lagi umat islam dah nak berpuasa. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur ( insyaallah) untuk menjalani ibadah puasa.

Bila puasa...dan tak lama lepas tu nak Raya...benda yang paling popular dan menjadi seakan-akan Wajib ialah balik kampung. Tapi itu bagi orang yang ada kampung lah ya..

Tahun ni agak2 macamana erk sambutan raya kat kampung kita ni. Kalau tahun lepas kita semua 9 beradik semua berkumpul dgn family masing2 kat rumah pusaka ni kan, nampaknya raya tahun ni rumah ni kurang berseri seperti tahun sudah.

Nak buat macamana, Tahun ni sebahagian dari adik beradik aku, termasuklah aku akan beraya di rumah Mentua, Mungkin Hari raya ke 2 atau k 3 baru berpeluang nak balik kg. Itupun kalau masih ada umat kat kg lagilah.


"Surau Hj Omar"....surau yang ini Abah tak sempat nak bersolat kat sini....



rumah aku kat kampung....hari2 biasa rumah ini kosong..tak berpenghuni...tapi tetap terpelihara....sesekali kami akan berkumpul disini untuk bertemu adik beradik aku yang lainnya.....walau jarang ketemu, namun kemesraan tetap terjalin....

Yang bestnya puasa kat kg ni...dulu masak kecik2 paling suka sebab bila malam rumah aku akan jadi meriah...sebabnya surau tu terletak kat halaman rumah aku. So memang setiap malam penduduk kg akan solat trawikh...dan rumah aku pun akan turut terima tempiasnya.....sementelah Abah merupakan Imam kat kg tu....ohhhh bestnya kenangan itu kan....tapi dulu surau kg ni tak cantik macam sekarang..surau kayu aje...tapi meriah....

So sekarang ni tak tau lah..surau ni memang dah baru dan cantik..aku terbayang time penduduk kg solat terawikh kat surau tu, mesti rumah aku kat kampung tu gelap gelita aje kan...tapi tak apa sekurang2nya halama rumah aku tetap akan terang benderang....Ohhhhh...agaknya itu pasal lah Abah muwakafkan sebahagian kawasn rumah aku ni untuk surau...Alhamdulillah walaupun Abah telah tiada...semoga sedekah jariah Abah ni akan digunakan sampai bila-bila....